Aku tidak tahu apa yang patut aku buat.
Aku kepeningan. Kebingungan.
Antara amanah atau kesenangan.
Tidak tahu diantara dua.
Kesenangan yang sementara atau kesusahpayahan yang berbaloi.
Jika aku memilih kesenangan yang sementara yang mana aku pasti memilihnya dikala detik-detik sebegini, bilakah masanya aku akan berubah?
Segalanya tentang mentaliti diri
Walalubagaimanapun aku perlukan kepada perubahan.
Perubahan kepada lebih baik.
Juga untuk mencabar diri untuk membuat sesuatu diluar jangkaan.
Membuat sesuatu yang baru.
Disamping aku berada didalam peringkat dewasa ini.
Belajar untuk memimpin orang. Mengetuai penggerak.
Berada di aras lebih tinggi berbanding sebelumnyya.
Belajar cuba tidak menjadi angkuh pabila berada di aras tersebut.
Jadi persoalannya, YA atau TIDAK?
Tapi segalanya aku perlukan kepada keredaan mu YA ALLAH..
Semoga istikharah yang akan ku buat mampu menyelesaikan masalah ini.
INSYAALLAH.